Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Rabu, 29 Disember 2010

Lawatan Ke Dewan Sri Pinang

Dewan Sri Pinang
LAWATAN KE DEWAN SRI PINANG.

Satu lawatan ke Dewan Sri Pinang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Hal Berkaitan Mesyuarat , Buku Cenderahati/ Buku Program & Pencetakkan (DBD) akan diadakan pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh            :           04 Januari  2011 (Selasa)

Masa              :           10.00 Pagi

Tempat          :           Dewan Sri Pinang

Lawatan ke Dewan Sri Pinang ini dapat memberikan gambaran dan membantu perancangan dan pelaksanaan aktiviti – aktiviti seperti:

i)             Susun atur pentas untuk Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Dwi Tahunan
ii)            Susun atur kerusi dan meja bagi Mesyuarat Agong Dwi Tahunan
iii)           Kaunter pendaftaran peserta
iv)           Pentas Persembahan Majlis Jamuan Makan Malam
v)            Susun atur meja dan kerusi banquet
vi)           Pemasangan backdrop dan banner
vii)         Pemasangan khemah dan kanopi
viii)        Tempat meletak kenderaan sepanjang program penganjuran

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Encik Ramzi bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Berkaitan Mesyuarat , Buku Cenderahati/ Buku Program & Pencetakkan.

Mesyuarat AJK Sambutan Kali Ke 5


MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN KALI KE 5 SEMPENA MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG KALI KE 39.

Tarikh            :           18 Januari  2011 (Selasa)

Masa              :           9.00 Pagi

Tempat          :           Bilik Mesyuarat Mawar
 Pejabat Daerah Dan Tanah
Seberang Perai Selatan

Penolong - Penolong Pegawai Tanah Berikut Dijemput Hadir:

Encik Shafie bin Ishak
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Abdul Razak bin Kasim
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Afzanizam bin Sulaiman
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Mohd Yusni bin Mohd Yasin
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut

Encik Mohamad Safar bin Nordin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Nafizulshah bin Ismail
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan

Encik Nor Hissham bin Mansor
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan

Encik Radzi bin Yusof
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Johari bin Mohd Shamsuddin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Izmar bin Abdul Wahab
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Muhammad Azlan bin Abdul Rahim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Muhamad bin Hassan
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut

Encik Muhamad Adib bin Nadgmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Ramzi bin Mohamed
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mohd Fauzi bin Pantong@ Abd Ghani
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mawardi bin Mohamad Hussain
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Mohamad Anas bin Azmi
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Seluruh Penolong – Penolong Pegawai Tanah
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan

Al – Fatihah

Surah Al - Fatihah
Pihak Jawatankuasa Sambutan mengucapkan Takziah kepada Tn Haji Suparman bin Ahmad, Penolong Pegawai Tanah Daerah Seberang Perai Utara di atas pemergian bonda kesayangannya kerahmatullah. Semoga roh bonda beliau dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Marilah bersama kita menyedekahkan pahala bacaan surah Al – Fatihah kepada bonda Tn Haji Suparman bin Ahmad. Al – Fatihah...

Selasa, 28 Disember 2010

KEJOHANAN BOWLING PIALA DATO' PTG PULAU PINANG 2011


Tarikh : 15 Januari 2011

Yuran Penyertaan: RM 160.00

Tempat: Megalanes Bowling Centre, Mega Mall Perai

Tarikh Tutup Penyertaan: 08 Januari 2011

Pertandingan Bermula : 10.00 pagi

Acara : 4 Pasukan (3 games)

Pemain Wanita : 8 Handicap

Kategori Berpasukan

Hadiah :

Johan RM 500.00 & Piala

Naib Johan RM 300.00

Ketiga RM 200.00

Keempat hingga kelapan : Hampers

Individu Hi – Series : RM 100.00

Individu Hi – Games : RM 100.00

Untuk Keterangan Lanjut sila hubungi:

MUHAMMAD AZLAN B ABD RAHIM – 012-4628471

ERMAN HAZLAN FAIZAL B SAKHABAN – 019-2251401

MUHAMMAD ZAIDI B ISMAIL – 019-4780422

Ahad, 26 Disember 2010

Facebook SO

Jika posting terdahulu telah memperkenalkan laman web sosial Facebook Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang, kali ini akan diperkenalkan beberapa lagi Facebook Penolong Pegawai Tanah yang lain seperti:

1.    Facebook Kesatuan Penolong Pegawai Tanah (Negeri Kelantan)


2.    Facebook Persatuan Penolong Pegawai Tanah Perhubungan Negeri Kelantan.


3.    Facebook Penolong Pegawai Tanah


4.    Facebook Penolong Pegawai Tanah 1Malaysia

Facebook –facebook ini mempunyai ahli yang terdiri daripada Penolong Pegawai Tanah dari negeri – negeri Di Semenanjung Malaysia. Diharap ia dapat digunakan bagi mengeratkan hubungan di antara sesama Penolong Pegawai Tanah.

Sabtu, 25 Disember 2010

Sejarah PPPTPP & Penganjuran Mesyuarat Agong Dwi Tahunan

Pada Tahun 1991, Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPPTSM Diadakan Di USM
Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Perhubungan Negeri Pulau Pinang adalah nama asal Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang (PPPTPP) sebelum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan. Sebelum didaftarkan PPPTPP bernaung secara terus dengan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu.

PPPTPP didaftar secara sah pada 09 April 2007 dengan nombor pendaftaran 0638-07-PPG. Sehingga sekarang, keahlian PPPTPP telah mencapai 77 orang. Ini adalah kerana mengikut perlembagaan Persatuan yang digubal menyatakan:

“Fasa 4 (1) Keahlian adalah terbuka kepada semua Penolong Pegawai Tanah yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan berkhidmat di Pulau Pinang tanpa mengira jantina, bangsa dan ugama. Bilangan ahli tidak terhad.”

Kenangan Jamuan Makan Malam KPPTSM Di Atas Feri Pulau Pinang Pada Tahun 1991
Kali terakhir negeri Pulau Pinang dipertanggungjawabkan sebagai Penganjur Mesyuarat Agong Dwi Tahunan adalah pada tahun 1991 dan kehadiran peserta / perwakilan mencecah 500 orang. Mesyuarat yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Jamuan Makan Malam KPPTSM diadakan di atas feri Pulau Pinang memberikan peluang peserta menikmati permandangan indah negeri Pulau Pinang 

Sejarah Penganjuran Mesyuarat Agong oleh negeri Pulau Pinang bermula sejak tahun 1964 dan diikuti tahun 1969. Pada 25 Jun 2011, sekali lagi negeri Pulau Pinang akan menganjurkannya untuk kali yang keempat.

Nurkilan Mohd Yusni bin Mohd Yasin (Penolong Pegawai Tanah Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut)

Sejarah Settlement Officer (SO)

Sebenarnya jawatan Settlement Officer / Pegawai Penempatan/ Penolong Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 120 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur.
Jawatan Settlement Officer / Pegawai Penempatan/ Penolong Pegawai Tanah adalah sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di negara ini, kerana wujudnya jawatan Penolong Pegawai Tanah yang berkhidmat di dalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan.
Demi kebaikan pentadbiran tanah dan kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Pegawai Kanan Petempatan pada tahun 1989.
Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B di dalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun persekutuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Penolong Pegawai Tanah (NT9, NT7 & NT5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil. 18/2001.
Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17, NT22 & NT 31/32 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada Skim Penolong Pegawai Tanah NT27, NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009.
Dipetik dari laman web sosial Facebook Penolong Pegawai Tanah
Facebook Penolong Pegawai Tanah

Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)

Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)
Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu merupakan bapa kepada semua kesatuan/persatuan Penolong Pegawai Tanah yang ada di Malaysia. Kesatuan ini telah di daftarkan pada 08 September 1960, iaitu lebih kurang 50 tahun yang lalu.

Pada 03 Ogos 2006, nama Kesatuan telah ditukar kepada Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia mengikut peredaran masa dan bersesuaian dengan penukaran nama jawatan Pegawai Petempatan kepada Penolong Pegawai Tanah oleh Jabatan Pekhidmatan Awam.

Keahlian keseluruhan yang berdaftar dengan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia adalah 1020 orang di seluruh Semenanjung Malaysia. Masih terdapat lebih kurang 500 orang Penolong Pegawai Tanah yang belum berdaftar sebagai ahli

Untuk makluman, Pulau Pinang pernah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ini sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1964, 27 Disember 1969 dan 24 November 1991.

Nurkilan Mohd Yusni bin Mohd Yasin (Penolong Pegawai Tanah Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut)

Khamis, 23 Disember 2010

Menara KOMTAR

Bangunan KOMTAR
-       KOMTAR adalah singkatan kepada Kompleks Tun Abdul Razak.
-       Merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang.
-       Merupakan bangunan yang ke-6 tertinggi di Malaysia.
-       Pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di Asia.

Pelan Ke Menara KOMTAR
-      Menara KOMTAR berbentuk segi 12.
-      Terletak di Georgetown, Pulau Pinang.
-      Ketinggiannya adalah 232 m atau 760 kaki.
-      Mempunyai 65 tingkat.
-      Merupakan bangunan tertinggi di Malaysia selama 3 tahun sebelum kedudukannya     diambil alih oleh Menara Maybank di Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Dewan Tunku Geodesic Dome

-     Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak menanam cerucuk pertama Bangunan KOMTAR  pada 1 Januari 1974 menandakan bermulanya Fasa Pertama.
-     Fasa Pertama siap pada tahun 1986.
-     Pembinaan  Menara Komtar setinggi 65 tingkat siap pada tahun 1988.
-     Pembinaan Menara KOMTAR di Georgetown, Pulau Pinang serentak dengan pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak di Johor Bahru.
Prangin Mall
-     Antara arkitek yang terlibat dengan rekabentuk Menara KOMTAR adalah Lim Chong Keat, adik kepada Mendiang Dr Lim Chong Eu (Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang).
-     Menara KOMTAR adalah komplek pelbagai guna yang merangkumi ruang-ruang perniagaan, hub pengangkutan dan pejabat pentadbiran Negeri Pulau Pinang.
1st Avenue Penang
-     Tapak Menara KOMTAR melitupi keluasan 11 hektar.
-     Fasiliti dan Kemudahan di Menara KOMTAR: Prangin Mall , Dewan Tunku Geodesic Dome, Trader’s Hotel, ICT Mall, ICT Mall Food Court, Pacific KOMTAR, Terminal Bas KOMTAR, KOMTAR Walk, 1st Avenue Penang, TGV Cinemas dan lain-lain lagi.
Pacific KOMTAR
 

Sabtu, 18 Disember 2010

Jambatan Pulau Pinang


Fakta – Fakta Menarik Mengenai Jambatan Pulau Pinang:

- Idea pembinaan jambatan ini cetuskan oleh perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak

- Pembinaan jambatan ini dirancang semasa pentadbiran perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn pada akhir 1970-an

- Pada 1982, perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, secara rasmi menanam cerucuk pertama Jambatan Pulau Pinang bagi menandakan bermulanya pembinaan projek bersejarah ini.

- Direka bentuk oleh anak jati Pulau Pinang iaitu mendiang Tan Sri Prof Ir. Chin Fung Kee, pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan bekas pemangku Naib Canselor Universiti Malaya.


- Jambatan Terpanjang Di Asia Tenggara

- Ketiga terpanjang di dunia

- Kelima terbesar di dunia

- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)

- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)

- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)

- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)

- Laluan: 4 Laluan (6 laluan masa hadapan)

- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter

- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter

- Gantungan utama: 225 Meter

- Gantungan hujung: 107.5 Meter

- Gantungan lain: 40 Meter

- Had laju: 80 km/j

- Kos pembinaan RM 850 Juta


- Pada 3 Ogos 1985, Tun Dr Mahathir merasmikan pembukaan Jambatan Pulau Pinang apabila beliau menyeberanginya dengan memandu Proton Saga berwarna merah, yang dipasang dengan bendera Malaysia. Turut menaiki kereta nasional itu ialah isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah, yang duduk di kerusi penumpang depan, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, Mendiang Dr Lim Chong Eu , Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu serta Pengerusi Proton, Allahyarham Tan Sri Jamil Jan, duduk di kerusi belakang.

- jumlah cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan ini adalah sepanjang 648 km, sama dengan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru.

- Jambatan unik ini mampu menahan kesan gempa bumi berukuran hingga 7.5 pada skala Richter.

- pengendali plaza tol jambatan ini merupakan pengendali plaza tol pertama di negara ini yang memperoleh persijilan MS ISO 9002 dan yang pertama menyediakan kemudahan bayaran tol melalui kaedah Contactless Smart Card.

- Reka bentuk jambatan ini menggunakan kaedah gelegar konkrit dengan kabel penahan seperti yang terdapat pada San Francisco Golden Gate Bridge, bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge

Antara Anugerah Yang Dimenangi:

- 1986 - Grand Award in the United States of America Engineering Excellence
Competition sponsored by the Council of Consulting Engineers, Washington.

- 1993 - FIABCI Special Award (Development and Construction Phase Category)
daripada  International Real Estate Federation of Malaysia.

Bagi mereka yang belum biasa menyeberangi Selat Selatan menggunakan Jambatan Pulau Pinang, jangan lepas peluang semasa menyertai Mesyuarat Agong Dwi Tahunan nanti untuk berbuat demikian.

Jumaat, 17 Disember 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Jamuan Makan

Pengerusi & Setiausaha Jkuasa kecil Jamuan Makan
Suatu Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Jamuan Makan  telah diadakan di Tingkat 22, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Bangunan KOMTAR pada 15 Disember 2010. Mesyuarat yang berlangsung sekitar pukul 9.00 pagi dan kemudian disusuli lawatan ke Dewan Sri Pinang bagi menentukan tempat Jamuan Makan Malam.

AJK-AJK Jkuasa Kecil Jamuan Makan
Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi Jkuasa Kecil Jamuan Makan, En Mawardi b Mohamad Hussain dan dibantu oleh Pengerusi Sumbangan dan Tajaan, En Ismail b Yahaya. Turut hadir semasa lawatan adalah Naib Pengerusi Jawatankuasa Sambutan iaitu En Abd Razak b Kasim dan AJK-AJK Jkuasa Kecil Jamuan Makan.

AJK-AJK Jkuasa Jamuan Makan
Sekalung tahniah kepada Jkuasa berkenaan yang mengadakan lawatan tersebut. Sedikit sebanyak lawatan ke Dewan Sri Pinang dapat memberi gambaran tempat, pengaturan meja, pentas dan sebagainya memudahkan lagi perancangan dibuat serta dilaksanakan.

Dewan Sri Pinang tempat bakal berlangsungnya Mesyuarat Agong Dwi Tahunan

Selamat Datang Diucapkan Kpd Seluruh Ahli Kesatuan Pen Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...