Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Isnin, 16 Julai 2012

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

Pada 11 Julai 2012, Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya di  Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya. Seramai 273 orang penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Di antara penerima anugerah tersebut terdapat seramai 8 orang ahli PPPTPP. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada mereka diatas prestasi cemerlang yang ditunjukkan. Ahli PPPTPP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah :

(1) En Ismail bin Yahaya 
     Pen Pegawai Tanah NT 32
     Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

(2) En. Muhammad Rushdi bin Said
     Pen. Pegawai Tanah NT 32
     Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara

(3) En Erman Hazlan Faizal bin Sakhaban
     Pen. Pegawai Tanah NT 27
     Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya

(4) En Nafizulshah bin Ismail
     Pen. Pegawai Tanah NT 27 
     Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan



(5) En Mohd Yunus bin Ismail
     Pen. Pegawai Tanah NT 27
     Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut


(6) Pn Azmah binti Mohd Fadhil
     Pen. Pegawai Tanah NT 27
     Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut

(7) En Mohamad Safar bin Nordin
     Pen. Pegawai Tanah NT 27
     Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah

(8) En Abd Halim bin Shamsuddin
     Pen. Pegawai Tanah NT 27
     Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
 

Kutipan Derma Ikhlas (Kebakaran)

Sumbangan diserahkan kepada En Mohamad Izwan bin Izham (kiri) oleh Pengerusi PPPTPP, En Afzanizam bin Sulaiman (kanan)

Pada 14 Jun 2012 yang lalu, En Mohamad Izwan bin Izham telah terlibat dengan kemalangan kebakaran. Kebakaran tersebut telah menyebabkan beliau kehilangan rumah kediaman dan harta benda. PPPTPP melalui Biro Kebajikan telah melancarkan kutipan derma ikhlas dari ahli-ahli PPPTPP dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM 557. Sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi PPPTPP, En Afzanizam bin Sulaiman kepada En Mohamad Izwan bin Izham.

Perlindungan Takaful Kasih Rakyat



Bermula 30 April 2012 sehingga 29 April 2013 , program Perlindungan Takaful Kasih Rakyat telah diadakan untuk seluruh ahli PPPTPP (tertakluk kepada syarat-syarat). Program ini dilaksana oleh Biro Kebajikan PPPTPP.

Selasa, 10 Julai 2012

Kempen Kesihatan Dan Keselamatan 2012 (14 & 15 Jun 2012)

Anjuran Biro Srikandi PPPTPP dengan kerjasama Pejabat EXCO Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang














Selasa, 3 Julai 2012

Kejohanan Boling Terbuka (Amal) Piala EXCO Belia & Sukan Pulau Pinang 2012 (26/05/2012)

Anjuran Biro Sukan PPPTPP dengan kerjasama Pejabat EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Pulau Pinang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...