Laman Web Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM) telah dilancarkan pada bulan Jun 2012. Bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah perjawatan Penolong Pegawai Tanah, sejarah KPPTSM dan segala maklumat berkaitan dengan Penolong Pegawai Tanah bolehlah melayari laman web berkenaan.
Objektif
PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.
Sabtu, 1 September 2012
Jumaat, 31 Ogos 2012
Penyampaian Cenderahati Kejohanan Boling Terbuka (Amal) Piala Exco Belia & Sukan Pulau Pinang 2012
Penyampaian Cenderahati oleh En Muhammad Azlan bin Abd Rahim (Pengerusi Biro Sukan PPPTPP) diiringi En Afzanizam bin Sulaiman (Pengerusi PPPTPP)kepada wakil YB Puan Ong Kok Fooi (Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti) atas kerjasama beliau menjayakan Kejohanan Tenpin Boling Terbuka (Amal) Piala Exco Belia & Sukan Pulau Pinang 2012.
Penyampaian Cenderahati Kempen Kesihatan & Keselamatan 2012
Pengerusi PPPTPP, En Afzanizam bin Sulaiman menyampaikan Cenderahati kepada YB Tuan Phee Boon Poh (Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) atas kerjasama beliau dalam menjayakan Kempen Kesihatan dan Keselamatan 2012 anjuran Biro Srikandi Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang (PPPTPP).
Isnin, 16 Julai 2012
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
Pada 11 Julai 2012, Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya. Seramai 273 orang penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Di antara penerima anugerah tersebut terdapat seramai 8 orang ahli PPPTPP. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada mereka diatas prestasi cemerlang yang ditunjukkan. Ahli PPPTPP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah :
(1) En Ismail bin Yahaya
Pen Pegawai Tanah NT 32
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang
(2) En. Muhammad Rushdi bin Said
Pen. Pegawai Tanah NT 32
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
(3) En Erman Hazlan Faizal bin Sakhaban
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya
(4) En Nafizulshah bin Ismail
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
(5) En Mohd Yunus bin Ismail
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut
(6) Pn Azmah binti Mohd Fadhil
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut
(7) En Mohamad Safar bin Nordin
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
(8) En Abd Halim bin Shamsuddin
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
Kutipan Derma Ikhlas (Kebakaran)
Sumbangan diserahkan kepada En Mohamad Izwan bin Izham (kiri) oleh Pengerusi PPPTPP, En Afzanizam bin Sulaiman (kanan) |
Pada 14 Jun 2012 yang lalu, En Mohamad Izwan bin Izham telah terlibat dengan kemalangan kebakaran. Kebakaran tersebut telah menyebabkan beliau kehilangan rumah kediaman dan harta benda. PPPTPP melalui Biro Kebajikan telah melancarkan kutipan derma ikhlas dari ahli-ahli PPPTPP dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM 557. Sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi PPPTPP, En Afzanizam bin Sulaiman kepada En Mohamad Izwan bin Izham.
Perlindungan Takaful Kasih Rakyat
Bermula 30 April 2012 sehingga 29 April 2013 , program Perlindungan Takaful Kasih Rakyat telah diadakan untuk seluruh ahli PPPTPP (tertakluk kepada syarat-syarat). Program ini dilaksana oleh Biro Kebajikan PPPTPP.
Selasa, 10 Julai 2012
Kempen Kesihatan Dan Keselamatan 2012 (14 & 15 Jun 2012)
Anjuran Biro Srikandi PPPTPP dengan kerjasama Pejabat EXCO Kesihatan,
Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang
Selasa, 3 Julai 2012
Kejohanan Boling Terbuka (Amal) Piala EXCO Belia & Sukan Pulau Pinang 2012 (26/05/2012)
Anjuran Biro Sukan PPPTPP dengan kerjasama Pejabat EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Pulau Pinang.
Isnin, 25 Jun 2012
Kursus Latihan Asas Kerja Pengukuran Di Lapangan (15 & 16 Dis 2011)
Anjuran Biro Kompetensi & Pemantapan Intergriti (KPI) PPPTPP dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang
Langgan:
Catatan (Atom)