Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Memaparkan catatan dengan label Penang Sempoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penang Sempoi. Papar semua catatan

Ahad, 20 Februari 2011

Pantai Batu Feringghi


Pantai paling popular di Pulau Pinang semestinya Pantai Batu Feringghi. Masih tidak dipastikan asal usul namanya walaupun Feringghi membawa maksud ‘Orang Asing’ dalam bahasa Portugis. Lokasinya hanya 15 km ke arah Barat dari bandar Georgetown.

Pemandangannya yang cantik, pasir pantai yang putih dan halus, deruan ombak menghempas pantai pasti memukau mata yang memandang dan telinga yang mendengar. Pengunjung boleh memilih aktiviti seperti  mandi manda di tepian pantai, berkayak, jet skies, parasailing atau hanya berkelah sambil menikmati makanan negeri Pulau Pinang yang boleh didapati di warung – warung berdekatan.

Pastinya Pantai Batu Feringghi menawarkan destinasi yang menyegarkan mata, menenangkan minda dan mendamaikan hati. Jangan lupa untuk bersantai di Pantai Batu Feringghi semasa kunjungan tuan / puan sewaktu Mesyuarat Agong KPPTSM Dwi Tahunan Kali Ke 39 nanti.


Gambar-gambar yang diperolehi melalui Internet.

Ahad, 2 Januari 2011

Penang Durian Fair 2011


Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia Kali Ke 39 akan diadakan pada 25 Jun 2011. Mengikut Kalendar Pelancongan Pulau Pinang 2010 / 2011, Penang Durian Fair akan berlangsung bermula 14 Mei 2011 hingga 30 Jun 2011.

Para peserta / perwakilan bolehlah mengambil peluang ini untuk turut serta dalam Penang Durian Fair 2011. Durian Pulau Pinang sememangnya ‘Best’.

Khamis, 23 Disember 2010

Menara KOMTAR

Bangunan KOMTAR
-       KOMTAR adalah singkatan kepada Kompleks Tun Abdul Razak.
-       Merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang.
-       Merupakan bangunan yang ke-6 tertinggi di Malaysia.
-       Pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di Asia.

Pelan Ke Menara KOMTAR
-      Menara KOMTAR berbentuk segi 12.
-      Terletak di Georgetown, Pulau Pinang.
-      Ketinggiannya adalah 232 m atau 760 kaki.
-      Mempunyai 65 tingkat.
-      Merupakan bangunan tertinggi di Malaysia selama 3 tahun sebelum kedudukannya     diambil alih oleh Menara Maybank di Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Dewan Tunku Geodesic Dome

-     Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak menanam cerucuk pertama Bangunan KOMTAR  pada 1 Januari 1974 menandakan bermulanya Fasa Pertama.
-     Fasa Pertama siap pada tahun 1986.
-     Pembinaan  Menara Komtar setinggi 65 tingkat siap pada tahun 1988.
-     Pembinaan Menara KOMTAR di Georgetown, Pulau Pinang serentak dengan pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak di Johor Bahru.
Prangin Mall
-     Antara arkitek yang terlibat dengan rekabentuk Menara KOMTAR adalah Lim Chong Keat, adik kepada Mendiang Dr Lim Chong Eu (Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang).
-     Menara KOMTAR adalah komplek pelbagai guna yang merangkumi ruang-ruang perniagaan, hub pengangkutan dan pejabat pentadbiran Negeri Pulau Pinang.
1st Avenue Penang
-     Tapak Menara KOMTAR melitupi keluasan 11 hektar.
-     Fasiliti dan Kemudahan di Menara KOMTAR: Prangin Mall , Dewan Tunku Geodesic Dome, Trader’s Hotel, ICT Mall, ICT Mall Food Court, Pacific KOMTAR, Terminal Bas KOMTAR, KOMTAR Walk, 1st Avenue Penang, TGV Cinemas dan lain-lain lagi.
Pacific KOMTAR
 

Sabtu, 18 Disember 2010

Jambatan Pulau Pinang


Fakta – Fakta Menarik Mengenai Jambatan Pulau Pinang:

- Idea pembinaan jambatan ini cetuskan oleh perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak

- Pembinaan jambatan ini dirancang semasa pentadbiran perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn pada akhir 1970-an

- Pada 1982, perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, secara rasmi menanam cerucuk pertama Jambatan Pulau Pinang bagi menandakan bermulanya pembinaan projek bersejarah ini.

- Direka bentuk oleh anak jati Pulau Pinang iaitu mendiang Tan Sri Prof Ir. Chin Fung Kee, pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan bekas pemangku Naib Canselor Universiti Malaya.


- Jambatan Terpanjang Di Asia Tenggara

- Ketiga terpanjang di dunia

- Kelima terbesar di dunia

- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)

- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)

- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)

- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)

- Laluan: 4 Laluan (6 laluan masa hadapan)

- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter

- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter

- Gantungan utama: 225 Meter

- Gantungan hujung: 107.5 Meter

- Gantungan lain: 40 Meter

- Had laju: 80 km/j

- Kos pembinaan RM 850 Juta


- Pada 3 Ogos 1985, Tun Dr Mahathir merasmikan pembukaan Jambatan Pulau Pinang apabila beliau menyeberanginya dengan memandu Proton Saga berwarna merah, yang dipasang dengan bendera Malaysia. Turut menaiki kereta nasional itu ialah isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah, yang duduk di kerusi penumpang depan, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, Mendiang Dr Lim Chong Eu , Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu serta Pengerusi Proton, Allahyarham Tan Sri Jamil Jan, duduk di kerusi belakang.

- jumlah cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan ini adalah sepanjang 648 km, sama dengan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru.

- Jambatan unik ini mampu menahan kesan gempa bumi berukuran hingga 7.5 pada skala Richter.

- pengendali plaza tol jambatan ini merupakan pengendali plaza tol pertama di negara ini yang memperoleh persijilan MS ISO 9002 dan yang pertama menyediakan kemudahan bayaran tol melalui kaedah Contactless Smart Card.

- Reka bentuk jambatan ini menggunakan kaedah gelegar konkrit dengan kabel penahan seperti yang terdapat pada San Francisco Golden Gate Bridge, bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge

Antara Anugerah Yang Dimenangi:

- 1986 - Grand Award in the United States of America Engineering Excellence
Competition sponsored by the Council of Consulting Engineers, Washington.

- 1993 - FIABCI Special Award (Development and Construction Phase Category)
daripada  International Real Estate Federation of Malaysia.

Bagi mereka yang belum biasa menyeberangi Selat Selatan menggunakan Jambatan Pulau Pinang, jangan lepas peluang semasa menyertai Mesyuarat Agong Dwi Tahunan nanti untuk berbuat demikian.

Isnin, 6 Disember 2010

Jeruk Buah Pala


Terdapat lebih kurang 100 spesies pokok pala yang dikenalpasti tetapi yang penting dari segi perdagangan ialah pokok pala biasa atau harum – Myristica Fragrans. Spesies ini dipercayai berasal dari Kepulauan Banda, Indonesia.

Selepas inggeris menguasai Kepulauan Banda dari tangan Belanda mereka membawa keluar benih pala dari kepulauan tersebut dan menanamnya di Caribbean khususnya di Grenada. Spesies yang lain termasuk pokok pala Mumbai, M. Malabarion dari India. Sejarah tanaman pala di Pulau Pinang pula adalah rentetan penaklukan orang-orang Ingeris dari tahun 1786.

Jeruk buah pala keluaran negeri Pulau Pinang amat terkenal dan menjadi sebutan ramai. Malahan sesiapa yang berkunjung ke negeri ini pasti menjadikannya sebagai buah tangan / ole-ole untuk dibawa pulang serta dihadiahkan kepada sanak saudara dan rakan taulan.

Ahad, 14 November 2010

Feri Pulau Pinang

Feri Pulau Pinang

Jangan lepaskan peluang mengunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang merupakan perkhidmatan feri tertua di negara ini. Perkhidmatan ini bermula sejak tahun 1894 lagi. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town.

Dek Atas : Dek Penumpang Pejalan Kaki

Perkhidmatan feri bermula seawal jam 5.30 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 1.00 pagi.Terdapat lapan buah feri yang membawa penumpang pejalan kaki di dek atas dan kenderaan di dek bawah.


Dek Bawah : Dek Kenderaan


Feri berlepas dari terminal setiap lapan minit dan mengambil masa 20 minit untuk menyeberang Selat Selatan (Penang Strait @ South Channel). Perjalanan tersebut meliputi jarak sepanjang 3.2 kilometer.


  
Feri Pulau Undan


Feri-Feri Dalam Perkhidmatan 
i-   Pulau Undan    
ii-  Pulau Angsa    
iii- Pulau Rimau   
iv- Pulau Pinang  
v - Pulau Payar
vi - Pulau Kapas
vii - Pulau Rawa
viii - Pulau Talang-talang

Feri Pulau Angsa


Jadual feri

Terminal Feri Sultan Abdul Halim (Tanah Besar) 
Operasi feri pertama : Jam 0600
Operasi feri terakhir : Jam 0100

Terminal Feri Raja Tun Uda (Pulau) 
Operasi feri pertama : Jam 0530
Operasi feri terakhir : Jam 0030

 

 


Feri Pulau Rimau


Kadar Harga Tiket Feri 

Pejalan Kaki 
Dewasa : RM1.20
Kanak-kanak (5 hingga 12 tahun) : RM0.60

 

Penumpang Istimewa 
Kanak-kanak sekolah : RM0.60
Kad Orang Kurang Upaya : Percuma

 

 

 

 


Feri Pulau Payar


Kenderaan Bermotor
Motosikal (termasuk pembonceng): RM2.00

Beca/pacuan tiga roda: RM3.00

Motokar (termasuk van, pacuan empat roda, kenderaan komersial pacuan tiga roda,  motosikal dengan kereta sebelah): RM7.70






 
Feri Pulau Kapas


Walaupun feri-feri ini berbeza nama tetapi semuanya menuju destinasi yang sama.














Feri Pulau Rawa

Sama ada dari atau ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth ke atau dari Terminal Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay, George Town.











Feri Pulau Talang-Talang

Sabtu, 13 November 2010

Penang Sempoi

Posting- posting di bawah Label ‘Penang Sempoi’ dimuatkan bertujuan sebagai panduan kepada semua peserta tentang keunikan, tarikan dan tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh mereka kunjungi sepanjang masa penganjuran Mesyuarat Dwi Tahunan berlangsung.

Ini juga bagi mempromosi produk – produk perlancongan yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Semoga ia dapat memberi selayang pandang bagi peserta – peserta merancang percutian mereka bersama keluarga di sini disamping meluangkan masa untuk bermesyuarat.

Sememangnya Pulau Pinang menawarkan tempat – tempat menarik, produk yang unik dan pengalaman yang berbeza bagi para mahupun ahli keluarga mereka.



Selamat Datang Ke Pulau Pinang. Kedatangan Anda Sangat –Sangat Dinantikan.

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...