Laman Web Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM) telah dilancarkan pada bulan Jun 2012. Bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah perjawatan Penolong Pegawai Tanah, sejarah KPPTSM dan segala maklumat berkaitan dengan Penolong Pegawai Tanah bolehlah melayari laman web berkenaan.
Objektif
PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Sabtu, 1 September 2012
Isnin, 16 Julai 2012
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
Pada 11 Julai 2012, Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya. Seramai 273 orang penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Di antara penerima anugerah tersebut terdapat seramai 8 orang ahli PPPTPP. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada mereka diatas prestasi cemerlang yang ditunjukkan. Ahli PPPTPP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah :
(1) En Ismail bin Yahaya
Pen Pegawai Tanah NT 32
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang
(2) En. Muhammad Rushdi bin Said
Pen. Pegawai Tanah NT 32
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
(3) En Erman Hazlan Faizal bin Sakhaban
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya
(4) En Nafizulshah bin Ismail
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
(5) En Mohd Yunus bin Ismail
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut
(6) Pn Azmah binti Mohd Fadhil
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut
(7) En Mohamad Safar bin Nordin
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
(8) En Abd Halim bin Shamsuddin
Pen. Pegawai Tanah NT 27
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
Sabtu, 3 Disember 2011
Kejohanan Bowling Piala Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang 2012
KEJOHANAN BOWLING PIALA PENGARAH TANAH & GALIAN PULAU PINANG 2012
Terbuka untuk semua
Kategori berpasukan :
Terbuka untuk semua
Kategori berpasukan :
JOHAN -RM1,000.00+piala
NAIB JOHAN - RM500.00
TEMPAT KE-3 - RM300.00
*setiap peserta akan menerima t-shirt/doorgift dan pelbagai hadiah menarik.
Bertempat di : Megalanes Bowling Centre, Megamall Prai.
Diadakan pada: 14 Januari 2012 (Sabtu)
Yuran Penyertaan: RM250.00/kumpulan (4 orang setiap kumpulan)
Tarikh tutup penyertaan: 9 Januari 2012
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi:-
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi:-
Hafizi - 017 4478 829 / Nazreen - 012 4698214 (kawasan seberang)
Erman Hazlan - 019 2251 401 / Adib Nadgmi - 010 4049 597 (kawasan pulau)
Borang penyertaan boleh didapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pulau Pinang berdekatan dengan anda atau hubungi Liasion Officer di atas.
(Diupload oleh Muhamad Adib bin Nadgmi)
Rabu, 9 Februari 2011
SO stand for...
Pepatah melayu ada mengatakan ‘ tak kenal maka tak cinta’ jadi posting kali ini ingin memperkenalkan tugas dan peranan SO. SO adalah singkatan untuk Settlement Officer atau dalam bahasa Melayunya Pegawai Penempatan. Kemudian nama perjawatan tersebut ditukar kepada Penolong Pegawai Tanah melalui Skim Penolong Pegawai Tanah (NT9, NT7 & NT5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil. 18/2001.
PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN
PENOLONG PEGAWAI TANAH
1. SKIM PERKHIDMATAN
Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32, NT36.
2. PERINGKAT ORGANISASI
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Pejabat-Pejabat Tanah dan Galian Negeri/ Wilayah Persekutuan dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah di Negeri-negeri Semenanjung.
3. RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).
4. BIDANG TUGAS
4.1 Penolong Pegawai Tanah Gred NT27
a. Membuat laporan yang lengkap dan memperenggankan tanah (ukur tanah) bagi maksud perkara-perkara berikut:
i. permohonan tanah dan permit bahan batu.
ii. permohonan lesen melombong dan permit carigali.
iii. permohonan pecah sempadan/ bahagian/ penyatuan tanah.
iv. permohonan tukar syarat.
v. pengambilan balik tanah.
vi. permohonan hak lalu lalang.
vii. pencerobohan tanah kerajaan/ simpanan/ lombong.
viii. kelonggaran syarat tanah.
ix. rancangan projek kerajaan.
b. Menjalankan kerja-kerja penempatan mengenai perkara-perkara berikut:
i. permohonan tanah yang diluluskan untuk pertanian,bangunan dan perusahaan.
ii. tanah-tanah kerajaan yang diluluskan untuk perkampungan kawasan-kawasan dalam rancangan tanah berkelompok (GSA).
iii. menempatkan mangsa-mangsa bencana alam di tempat tempat selamat mengikut arahan pegawai daerah atau kerajaan negeri.
c. Menjalankan kerja-kerja penyelesaian ke atas perkara-perkara berikut:
i. tanah yang telah diukur oleh Jabatan Ukur untuk milik, pajakan dan simpanan.
ii. tanah yang telah diukur oleh Jabatan Ukur untuk rancangan perkampungan dan penempatan setinggan.
iii. tanah yang telah diukur dalam urusan pengambilan tanah 1960.
iv. tanah yang telah diukur berkaitan dengan pecah sempadan/ pecah bahagian/ penyatuan tanah.
v. tanah yang telah diukur semula bersabit dengan kehilangan batu sempadan.
vi. tanah yang telah diukur bersabit dengan hak lalu lalang.
d. Menjalankan kerja-kerja penulisan di pejabat seperti di bawah ini:
i. penulisan hak milik sementara.
ii. penyediaan draf hak milik pendaftaran.
iii. penyediaan permohonan ukur bagi tanah-tanah yang telah diluluskan pelupusan, pecah sempadan/ pecah bahagian/mpenyatuan tanah dan telah diambil balik sebahagiannya.
iv. penulisan hak milik tetap.
v. penulisan hak milik sambungan.
vi. pindaan hasil.
e. Menyimpan dan mengemaskinikan rekod-rekod di Pejabat Tanah seperti:
i. penyelesaian.
ii. Fahrasat Pejabat Tanah dan Fahrasat Lot.
iii. permohonan ukur.
iv. pemerenggan.
v. plotting tracing.
vi. daftar tanah simpanan.
vii. daftar syarat-syarat tertentu.
viii. daftar permohonan tanah.
ix. syit-syit pelan akui.
x. permohonan hak milik.
xi. rekod kes-kes tangkapan.
f. Menjalankan kerja-kerja penilaian berhubung dengan:
i. urus niaga tanah untuk cukai setem bagi Akta Pembahagian Pesaka.
ii. ganti rugi untuk pengambilan tanah.
iii. permohonan tukar syarat.
iv. tanaman-tanaman dan perkakas yang telah dirampas bersabit dengan Seksyen 425 dan 426.
v. pampasan mengenai hak lalu lalang pemungut dan izin lalu (way leave)
vi. pampasan bersabit dengan bencana alam.
vii. permohonan tanah bagi maksud premium.
viii. lelong tanah.
ix. pampasan berkaitan dengan kerosakan tanah ketika kerja ukur dijalankan.
4.2 Penolong Pegawai Tanah Gred NT32
a. Pembangunan Tanah (Pengambilan Balik Tanah)
i. menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah yang dibuat oleh Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
iii. melaksanakan perbicaraan (hearing)
iv. menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
b. Kerja-kerja Penempatan dan Penyelesaian.
i. mengawas pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan kerjakerja Penolong Pegawai Tanah Gred NT27dan menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
ii. memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah untuk pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir.
c. Permohonan-permohonan tanah, Lesen Pendudukan Sementara dan Permit
i. memproses permohonan-permohonan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah yang disediakan oleh Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan Pelukis Pelan.
iii. menyemak laporan-laporan dari jabatan-jabatan yang ada kaitan.
iv. menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
d. Pendaftaran Hakmilik Urusan Tanah.
i. dilantik sebagai Penolong Pendaftar Hakmilik untuk mendaftar hakmilik-hakmilik dan urusan-urusan tanah.
ii. mengemaskini dan mengawasi semua rekod pendaftaran dan hak milik tanah.
v. menyempurnakan pelelongan tanah yang telah digadai.
e. Penguatkuasaan
i. bertanggungjawab dalam hal-hal penyiasatan bagi mencegah pencabulan tanah-tanah kerajaan dan pelanggaran-pelanggaran syarat.
ii. menyediakan ‘charge sheet’ dan ‘case precis’.
iii. mengambil bahagian dalam perbicaraan.
f. Tugas-tugas lain
i. menjadi ahli lembaga tender bagi tanah-tanah yang hendak dipajakkan.
ii. menilai dan juga mengkaji nilaian harga tanah yang dibuat oleh Penolong Pegawai Tanah Gred NT27.
iii. mewakili Pemungut Hasil Tanah dalam perancangan tanah bandar dan desa jika diperlukan.
4.3 Penolong Pegawai Tanah Gred NT36
a. mengawas pelaksanaan kerja-kerja Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32.
b. menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
c. membantu menyediakan Kertas Memorandum Jemaah Menteri.
d. menyediakan afidavit dan hadir di mahkamah.
e. menjalankan tugas penguatkuasaan dan pegawai pendakwa di mahkamah di bawah Seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara.
f. menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah/ Pemantauan Tanah Kerajaan/ Tanah Persekutuan.
g. memberi taklimat berhubung tanah-tanah persekutuan dan pengambilan tanah.
h. lain-lain tugas yang berkaitan seperti yang diarahkan dari masa kesemasa.
(Sumber Lampiran D Pekeliling Perkhidmatan Bil 16 / 2009)
Selasa, 8 Februari 2011
DATA – DATA PENTING PULAU PINANG
KELUASAN
Keluasan: 1,048 km
Pulau Pinang: 297 km
Seberang Perai : 751 km
JUMLAH PENDUDUK
Jumlah Penduduk 2010: 1, 609,900
Pulau Pinang: 741, 300 orang
Seberang Perai: 868, 600 orang
(*Data unjuran daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang)
KEMUDAHAN ASAS
TELEFON
Bilangan telefon bagi setiap 100 penduduk : 22
(*Data unjuran daripada Telekom Malaysia Berhad Pulau Pinang)
PERINDUSTRIAN (2007)
Bilangan Kilang Operasi: 1427
Jumlah Tenaga Kerja (orang): 202,014
PERTANIAN
Keluasan Keseluruhan (2009) : 47,273.24 hektar
Getah: 10,837.64 hektar
Kelapa Sawit: 13,504.16 hektar
Kelapa: 1,976.75 hektar
Padi: 12,782.00 hektar
Buah-buahan: 7,149.76 hektar
Sayur-sayuran: 489.38 hektar
Koko: 9.40 hektar
Tanaman Kontan: 232.41 hektar
Tanaman Rempah: 249.91 hektar
Lain-Lain: 41.83 hektar
Bilangan Petani : 12,545 orang
Bilangan Nelayan: 3,681 orang
Bilangan Penternak: 1,970 orang
(*Data unjuran daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang & LKIM)
Selasa, 28 Disember 2010
KEJOHANAN BOWLING PIALA DATO' PTG PULAU PINANG 2011
Tarikh : 15 Januari 2011
Yuran Penyertaan: RM 160.00
Tempat: Megalanes Bowling Centre, Mega Mall Perai
Tarikh Tutup Penyertaan: 08 Januari 2011
Pertandingan Bermula : 10.00 pagi
Acara : 4 Pasukan (3 games)
Pemain Wanita : 8 Handicap
Kategori Berpasukan
Hadiah :
Johan RM 500.00 & Piala
Naib Johan RM 300.00
Ketiga RM 200.00
Keempat hingga kelapan : Hampers
Individu Hi – Series : RM 100.00
Individu Hi – Games : RM 100.00
Untuk Keterangan Lanjut sila hubungi:
MUHAMMAD AZLAN B ABD RAHIM – 012-4628471
ERMAN HAZLAN FAIZAL B SAKHABAN – 019-2251401
MUHAMMAD ZAIDI B ISMAIL – 019-4780422
Sabtu, 25 Disember 2010
Sejarah Settlement Officer (SO)
Sebenarnya jawatan Settlement Officer / Pegawai Penempatan/ Penolong Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 120 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur.
Jawatan Settlement Officer / Pegawai Penempatan/ Penolong Pegawai Tanah adalah sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di negara ini, kerana wujudnya jawatan Penolong Pegawai Tanah yang berkhidmat di dalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan.
Demi kebaikan pentadbiran tanah dan kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Pegawai Kanan Petempatan pada tahun 1989.
Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B di dalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun persekutuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Penolong Pegawai Tanah (NT9, NT7 & NT5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil. 18/2001.
Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17, NT22 & NT 31/32 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada Skim Penolong Pegawai Tanah NT27, NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009.
Dipetik dari laman web sosial Facebook Penolong Pegawai Tanah
![]() |
| Facebook Penolong Pegawai Tanah |
Isnin, 15 November 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H
Jawatankuasa Sambutan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia Kali Ke 39 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H kepada seluruh umat Islam khususnya Penolong Pegawai Tanah Negeri Pulau Pinang dan Penolong Pegawai Tanah negeri – negeri di Semenanjung Malaysia.
Semoga Aidiladha kali ini mendekatkan / menghampirkan lagi hubungan kita dengan Yang Maha Esa dan hubungan kita sesama manusia. Sesuai dengan maksud ‘Qurban’ iaitu mendekatkan / menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
Khamis, 11 November 2010
Daerah - Daerah Di Pulau Pinang
![]() |
| http://pegismap.penang.gov.my/Penang/pub.cfm |
Berikut merupakan 5 daerah di dalam negeri Pulau Pinang iaitu:
1. Daerah Seberang Perai Selatan (SPS)
Bil Mukim: 16 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga Mukim 16
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Nibong Tebal (Tiada Seksyen)
Bandar Sungai Bakap (Tiada Seksyen)
2. Daerah Seberang Perai Tengah (SPT)
Bil Mukim: 21 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga Mukim 21
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Bukit Mertajam (6 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 6)
Bandar Perai (Tiada Seksyen)
3. Daerah Seberang Perai Utara (SPU)
Bil Mukim: 15 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga 14 dan Mukim 16
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Butterworth (4 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 4)
Bandar Kepala Batas (Tiada Seksyen)
4. Daerah Timur Laut (DTL)
Bil Mukim: 6 Mukim
Nama Mukim: Mukim 13 hingga Mukim 18
Bil Bandar: 9
Nama Bandar: Bandar Ayer Itam (5 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 5)
Bandar Batu Feringgi (2 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 2)
Bandar Bukit Bendera (Tiada Seksyen)
Bandar George Town (26 Seksyen)
(Seksyen 1 - 8, 9E, 9W, 10, 11E, 11W, 12 - 24)
Bandar Gelugor (Tiada Seksyen)
Bandar Jelutong (4 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 4)
Bandar Tanjong Bungah (Tiada Seksyen)
Bandar Tanjong Pinang (Tiada Seksyen)
Bandar Tanjong Tokong (2 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 2)
5. Daerah Barat Daya (DBD)
Bil Mukim: 22 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga 12 dan Mukim A hingga J
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Balik Pulau (Tiada Seksyen)
Bandar Bayan Lepas (Tiada Seksyen)
Rujukan:
Langgan:
Catatan (Atom)

















