Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Agong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Agong. Papar semua catatan

Sabtu, 19 November 2011

Sorotan Sekitar Mesyuarat Agong KPPTSM Kali Ke 39



Yang Bermula Pasti Berakhir...


Alhamdulillah... Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPPTSM Kali Ke 39 & Sambutan Jubli Emas telah berlangsung dengan jayanya. Bermula dengan Sessi Pendaftaran dan Jamuan Makan Durian pada 24 Jun 2011. Sementara Mesyuarat Agong diadakan pada pagi 25 Jun 2011 dan Majlis Jamuan Makan Malam & Sambutan Jubli Emas KPPTSM merupakan acara kemuncak pada malamnya.

Majlis Perasmian dirasmikan oleh Yg Berbahagia Dato' Hj Ariffin bin Awang, Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang mewakili YB Dato' Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Manakala Majlis Jamuan Makan Malam & Sambutan Jubli Emas KPPTSM dirasmikan oleh YB Dato' Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) Negeri Pulau Pinang.

Berikut adalah perjalanan penganjuran acara berkenaan:

02 November 2010 - Penubuhan dan Mesyuarat JK Sambutan Kali Pertama
24 November 2010 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 2
29 November 2010 - Mesyuarat Khas PPPTPP (Sempena Perjumpaan dengan YB SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
30 November 2010 - Perjumpaan dengan YB SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato Zainal bin Rahim di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
09 Disember 2010 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 3
29 Disember 2010 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 4
29 Disember 2010 - Lawatan Ke Dewan Sri Pinang
04 Januari 2011 - Lawatan Ke Dewan Sri Pinang
18 Januari 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 5
22 Februari 2011 - Mesyuarat Khas PPPTPP (Sempena Perjumpaan dengan YB Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
25 Februari 2011 (9.00 pagi) - Mesyuarat Khas PPPTPP Sebelum Perjumpaan dengan YB PKN
25 Februari 2011 (3.00 petang) - Perjumpaan dengan YB Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Farizan bin Darus di Pejabat Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang.
02 Mac 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 6
28 April 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 7
11 Mei 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 8
19 Mei 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 9
20 Mei 2011 - Mesyuarat AJK KPPTSM di Dewan Sri Pinang
26 Mei 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 10
02 Jun 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 11
09 Jun 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 12
16 Jun 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 13
23 Jun 2011 - Mesyuarat JK Sambutan Kali Ke 14
24 Jun 2011 - Sessi Pendaftaran Peserta dan Jamuan Makan Durian Di Dewan Sri Pinang
25 Jun 2011 - Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPPTSM Kali Ke 39 Di Dewan Sri Pinang
25 Jun 2011 - Majlis Makan Malam dan Sambutan Jubli Emas KPPTSM Di Dewan A Tapak Pesta Sungai Nibong
20 Julai 2011 - Mesyuarat Post Morterm Penganjuran Mesyuarat Agong KPPTSM dan Sambutan Jubli Emas
20 Julai 2011 - Jkuasa Sambutan Mesyuarat Agong KPPTSM Kali Ke 39 dan Sambutan Jubli Emas KPPTSM secara rasminya dibubarkan.

Jumaat, 17 Jun 2011

AJK Pendaftaran, Protokol, Sambutan, Perasmian & Persembahan (SPU)

Ahli Jawatankuasa Penginapan & Pengurusan Peserta (SPS)

Ahli Jawatankuasa Jamuan Makan (PTG)

AJK Hal Berkaitan Mesyuarat , Buku Cenderahati/ Buku Program Dan Pencetakan (DBD)

AJK Kecil Sukan, Riadah, Rekreasi Dan Pakaian (DTL)

Ahli Jawatankuasa Cenderahati, Hadiah & Tugas - Tugas Khas (SPT)

Info Terkini dari Penang Sempoi....

Info Terkini dari Penang Sempoi.... Anggaran kasar kos seorang peserta Mesyuarat Agong KPPTSM kali Ke 39 adalah sekitar RM 130 seorang meliputi kos beg, cenderahati, makan minum dsb... Mengapa yuran pendaftaran hanya RM 60? Kerana kami mengharapkan seluruh SO / PPT di Semenanjung Malaysia hadir di atas sebab - sebab seperti berikut:

1.... Meraikan kejayaan perubahan skim SO/PPT dari NT 17 kepada NT 27. Walaupun Pekeliling perkhidmatan Bil 16/2009 dikuatkuasakan pd 2/7/2009 dan Mesyuarat Agong KPPTSM Kali Ke 38 diadakan pada 25hb bulan yang sama tetapi Pekeliling tersebut masih belum dilaksanakan di negeri - negeri di Semenanjung Malaysia. Berbeza pada mesyuarat kali ini di mana seluruh negeri telah melaksanakan perubahan skim SO / PPT dari NT 17 kepada NT 27.

2. Inilah secara rasminya kebanyakkan SO/PPT hadir ke Mesyuarat Agong KPPTSM sebagai PPT Gred NT 27 ataupun Pegawai Kerajaan Kumpulan B.

3. Bersama kami merayakan Sambutan Jubli Emas KPPTSM. Selama 51 tahun KPPTSM mengharungi pahit getir perjuangan untuk kebajikan SO/PPT di Semenanjung Malaysia. Kita bersama untuk meraikannya dan akan berusaha utk memastikan perjuangan KPPTSM diteruskan bagi tahun - tahun mendatang.

4. Sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran kerana setelah 20 tahun sekali lagi Pulau Pinang diberi kepercayaan dan amanah untuk menganjurkan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPPTSM.

Lawatan Ke Batu Feringghi Night Market (24 Jun 2011)

Buku Catatan & Tiket Cabutan Bertuah

Selamat Datang Ke Pulau Pinang Pulau Mutiara

Majlis Perasmian & Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPPTSM Kali Ke 39

Jamuan Makan Durian Di Dewan Sri Pinang dan Pemandangan Indah

Aturcara Mesyuarat Agong Dwi Tahunan & Sambutan Jubli Emas KPPTSM

Jumaat, 11 Mac 2011

Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai - Pegawai Petempatan Tahunan Kali Ke 23

Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM) dahulunya dikenali sebagai Kesatuan Pegawai - Pegawai Petempatan mengadakan Mesyuarat Agung secara tahunan sehinggalah pada tahun 1985. Tahun 1988 menyaksikan permulaan Mesyuarat Agong di adakan secara Dwi Tahunan dan diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah. 


Berikut merupakan gambar - gambar yang dirakam semasa Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai - Pegawai Petempatan Tahunan Kali Ke 23 yang dianjurkan oleh Wilayah Persekutuan dan dirasmikan oleh YAB Dato' Musa B Hitam selaku kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.



Terima kasih diucapkan kepada Pegawai - Pegawai Penempatan / Penolong Penolong Pegawai Tanah dahulu mahupun sekarang kerana begitu gigih memperjuangankan kepentingan perjawatan Penolong Pegawai Tanah di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka. Jasa tuan -tuan / puan - puan akan sentiasa kami kenang.


Gambar - gambar ini dirakam sekitar tarikh 9.12.1982 dan diambil dari Facebook 'Penolong Pegawai Tanah' 

Senarai Nama Penuh Ajk Kecil Bhg 4

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...