Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Jumaat, 29 Oktober 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan

MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG KALI KE 39.

Tarikh            :           02 November  2010 (Selasa)

Masa              :           9.00 Pagi

Tempat          :           Bilik Mesyuarat Wira Bistari,
                                    Pejabat Daerah Dan Tanah,
                                    Seberang Perai Tengah,
Jalan Betek, Sungai Rambai,
14200 Bukit Mertajam.

Penolong-Penolong Pegawai Tanah Berikut Dijemput Hadir :

Encik Shafie bin Ishak
Pejabat Daerah Dan Tanah, Seberang Perai Tengah

Encik Afzanizam bin Sulaiman
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Mohd Yusni bin Mohd Yasin
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Abdul Razak bin Kasim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Mohamad Safar bin Nordin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Nafizulshah bin Ismail
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan

Encik Nor Hissham bin Mansor
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan

Encik Radzi bin Yusop
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Johari bin Mohd Shamsuddin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Izmar bin Abdul Wahab
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara
Encik Muhammad Azlan bin Abd Rahim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Muhamad bin Hassan
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut

Encik Muhamad Adib bin Nadgmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Ramzi bin Mohamed
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mohd Fauzi bin Pantong @ Abd Ghani
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mawardi bin Mohamad Hussain
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Mohamad Anas bin Azmi
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Ismail bin Yahaya
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Khirrudin bin Bakar
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Khamis, 28 Oktober 2010

BLOG SO

Column ‘BLOG SO’ diwujudkan untuk memberi ruang para Penolong Pegawai Tanah memperkenalkan dan berkongsi blog. Setakat ini 4 blog yang dikenalpasti dibangunkan oleh SO. 3 daripadanya terdiri daripada blogger-blogger dari kalangan SO Pulau Pinang iaitu blog:

1.                  Aku Hidup Simple
2.                  Muhammad Azril Hamzah
3.                  Putera Ilhamku

Manakala 1 lagi merupakan Blog Penolong Pegawai Tanah Daerah Kerian Negeri Perak Darul Riduan.

Blog-blog ini memaparkan pelbagai kisah dan aktiviti dalam kehidupan sebagai Penolong Pegawai Tanah @ SO.




Kepada para blogger di luar sana yang terdiri daripada kalangan Penolong Pegawai Tanah @ SO, bolehlah menggunakan blog ini sebagai medan perkongsian dan rujukkan.

‘BLOG SO’ diletakkan di bahagian kanan di bawah Column ‘Komentar @ Shoutmix’

Rabu, 27 Oktober 2010

face book SO PENANG

Terima kasih diucapkan kepada Fiza Haron, Penolong Pegawai Tanah dari Daerah Seberang Perai Utara kerana mengambil inisiatif untuk mengwujudkan face book Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang. Setakat ini keahliannya mencapai 71 orang dan untuk makluman bilangan Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang adalah sekitar 80 lebih orang sahaja.

Semoga setiap Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang mahupun dari negeri - negeri lain memanafaatkan laman sosial ini untuk kebaikan kita bersama.

Sekalung tahniah lagi kepada Fiza Haron dan usaha seperti ini amat di alu-alukan. Kepada mereka yang mempunyai sebarang kepakaran di sebarang bidang, tuan - puan boleh menyalurkan kebolehan yang dimiliki untuk membantu persiapan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Kali ke 39 nanti. 

Sepakat Membawa Berkat.

Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.

Berkesatuan Ke Arah Keutuhan.

Jawatan Kuasa Sambutan

Objektif utama blog Jawatan Kuasa Sambutan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Kali ke 39 diadakan adalah:

1. Memaklumkan perkembangan terkini persiapan Jawatan Kuasa Sambutan dari semasa ke semasa.

2. Menyiarkan mesyuarat - mesyuarat, aktiviti - aktiviti, program - program dan sebagainya kepada semua Penolong Pegawai Tanah sama ada di Pulau Pinang mahupun di seluruh negara.

3. Membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai idea, cadangan, komentar dan lain-lain untuk mengutarakannya secara on - line di blog ini. Sesungguhnya segala idea, cadangan, komentar dari pembaca amatlah di alu - alukan.

4. Sebagai medan interaktif maya yang membolehkan Penolong Pegawai Tanah berinteraksi di antara satu sama lain tanpa dibatasi sempadan daerah mahupun negeri.

5. Mengukuhkan lagi penguasaan IT oleh Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang setelah berjaya mengwujudkan facebook PPPTPP.

Dengan Nama Allah

Sebaik-baik pekerjaan adalah perkerjaan yang dimulakan dengan Bismi Allāhi Ar-Raĥmāni Ar-Raĥīmi...

Dengan itu, posting pertama blog ini adalah bertujuan memanjangkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia Nya serta keizinanNya, semua usaha membuahkan hasil.

Semoga blog ini mencapai objektif yang disasarkan seterusnya menyalurkan maklumat dan segala bentuk cadangan yang membina untuk di terjemahkan semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Kali Ke 39 Di Pulau Pinang.

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...