Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Sabtu, 6 November 2010

Penempatan Pegawai Penempatan

Pegawai Penempatan aka Settlement Oficer (SO) atau kini lebih dikenali dengan nama Penolong Pegawai Tanah memainkan peranan yang amat penting dalam pentadbiran tanah sesebuah negeri. Mereka inilah yang bertanggungjawab membuat laporan tanah bagi sebarang pelupusan dan pembangunan tanah. Malahan mereka juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang berkaitan tanah.
Di negeri Pulau Pinang hanya terdapat seramai 77 orang Penolong Pegawai Tanah buat masa sekarang. Taburan penempatan Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang terbahagi kepada 5 Pejabat Tanah Daerah dan 1 Pejabat Tanah Galian seperti berikut:
18 orang Penolong Pegawai Tanah                   
9 orang Penolong Pegawai Tanah
10 orang Penolong Pegawai Tanah
16 orang Penolong Pegawai Tanah
14 orang Penolong Pegawai Tanah
10 orang Penolong Pegawai Tanah

Jumaat, 5 November 2010

Minit Mesyuarat Jkuasa Sambutan Bil 1

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Bil 1 telah disiapkan dan akan dihantar melalui email AJK Sambutan Mesyuarat Dwi Tahunan. Muka hadapan minit adalah seperti berikut:

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA SAMBUTAN
MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN
KESATUAN PEN PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA
KALI KE 39
( BIL:  1 /  2010)


TARIKH         : 02 November 2010
JAM                : 09.00 pagi
TEMPAT       : Bilik Mesyuarat Wira Bistari,
                                                  Pejabat Daerah Dan Tanah,
                                                  Seberang Perai Tengah.


KEHADIRAN

1)    En.  Shafie bin Ishak                                              -           Pengerusi
2)    En.  Abd Razak bin Kasim                                    -           Naib Pengerusi
3)    En. Mohd Yusni bin Mohd Yasin                           -           Bendahari
4)    En. Mohamad Safar bin Nordin                            -           Pen Setiausaha
5)    En. Nafizulshah bin Ismail                                      -           AJK
6)    En. Radzi bin Yusof                                                -           AJK
7)    En.Johari bin Mohd Shamsuddin                         -           AJK
8)    En Izmar bin Abdul Wahab                                   -            AJK
9)    En. Muhammad Azlan bin Abd Rahim                 -           AJK
10)    En. Mawardi bin Mohamad Hussain                    -           AJK
11) En. Mohamad Anas bin Azmi                              -           AJK
12) En. Muhamad bin Hassan                                    -           AJK
13) En. Muhamad Adib bin Nadgmi                          -           AJK
14) En. Abd Halim bin Shamsuddin                          -           Setiausaha

TURUT HADIR

1)   En. Afzanizam b Sulaiman          -           Setiausaha PPPTPP
2)   En. Muhammad Azril b Hamzah -           AJK Tugas-Tugas Khas
3)   En. Ismail b Yahaya                      -           Pengerusi JK Sumbangan
4)   En. Khirrudin b Bakar                   -           AJK Sumbangan
5)   En Azman b Baker                                                             
6)   En Mohd Salri Duwan b Abd Rahman
7)   En Osman b Rejab
8)   Pn Zarina bt Haron
9)   Pn Tuan Suzylawatee bt Tuan Ahmad Sakri

TIDAK HADIR DENGAN MAAF
           
1)   En Ramzi b Mohamed                                          -           AJK
2)   En Mohd Fauzi b Pantong @ Abd. Ghani          -           AJK
3)   En Nor Hissam b Mansor                                     -           AJK

Rabu, 3 November 2010

Pulau Pinang

http://www2.mpsp.gov.my/web/guest/panduankeseberangperai

Negeri Pulau Pinang terdiri daripada 5 daerah; 3 daerah di tanah besar dan 2 daerah di bahagian pulau. Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) terletak di tanah besar (dikenali dengan nama Seberang Perai) manakala Daerah Timur Laut (DTL) dan Daerah Barat Daya (DBD) terletak di bahagian pulau.


Pentadbiran Tanah Negeri Pulau Pinang melibatkan 5 Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan 1 Pejabat Tanah Galian (PTG). PTDSPS, PTDSPT dan PTDSPU terletak di Seberang Perai sementara PTG, PTDTL dan PTDBD terletak di bahagian pulau.

Secara umumnya semua Penolong Pegawai Tanah Negeri Pulau Pinang bertugas sama ada di Seberang Perai atau di bahagian pulau.

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...