Mesyuarat Khas AJK PPPTPP
Tarikh : 29 Nov 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Wira Bistari, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah.
Semua AJK Sambutan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan di jemput hadir.
Objektif
PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.
Khamis, 25 November 2010
Jumaat, 19 November 2010
Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang (PPPTPP)
AJK PPPTPP Sessi 2009 - 2011
Pengerusi: Muhammad Rushdi bin Said (SPU)
Naib Pengerusi 1: Ismail bin Yahaya (PTG)
Naib Pengerusi 2: Shafiee bin Ishak (SPT)
Setiausaha: Afzanizam bin Sulaiman (SPU)
Penolong Setiausaha: Salifah binti Ariffin (PTG)
Bendahari Mohd Yusni bin Mohd Yasin (DTL)
Ahli Jawatankuasa: Ramzi bin Mohamed (DBD)
Azriel bin Johar (DBD)
Muhammad Adib bin Nadgmi (DTL)
Syahrul Azril bin Salleh (PTG)
Zafar bin Abu Bakar (SPU)
Muhammad Azlan bin Abd Rahim (SPU)
Azura @ Aisyah binti Ghazali (PTG)
Ahmad bin Awang (SPS)
Azrulhizam Suriadi bin Ahmad Sobri (SPS)
Mohamad Safar bin Nordin (SPT)
Radzi bin Yusop (SPT)
Pemeriksa Kira-Kira: Mohd Yunus bin Ismail (DTL)
Muhammad Azril bin Hamzah (SPT)
Wakil ke : Khirrudin bin Bakar (PTG)
Mesyuarat Pusat Mohamad bin Othman (SPT)
Selasa, 16 November 2010
Selamat Ulang Tahun Kelahiran (November)
Pihak Jawatankuasa Sambutan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Penolong – Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang yang lahir pada bulan November.
1. MOHD YASIR B ABU RASHID
2. AZMAN B BAKER
3. NAZIADI JUSOH
Semoga Segala Doa Dimakbulkan Allah, Berbahagia Selalu dan Memperolehi Kesihatan Yang Sempurna.
Didoakan agar kematangan usia yang datang bersama-sama pengetahuan ilmu yang mendalam, akhlak yang tinggi dan ibadat yang khusyuk.
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran (Oktober)
Blog ini telah diwujudkan pada bulan Oktober 2010. Walau bagaimanapun kerana kesibukkan dalam hal – hal berkaitan persediaan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan, Jawatankuasa Sambutan terlepas peluang mengucapkan ‘Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran’ kepada Penolong – Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang yang lahir pada bulan Oktober.
Kepada mereka ini semoga Allah melimpahkan rahmatNya, keredhaanNya, dimurahkan rezeki, diberkati umur dan bahagia di dunia mahupun di akhirat.
1. MUHAMAD ADIB B NADGMI
2. NAFIZULSHAH B ISMAIL
3. MUHAMMAD AZLAN B ABD RAHIM
4. ZAFAR B ABU BAKAR
Isnin, 15 November 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H
Jawatankuasa Sambutan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia Kali Ke 39 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H kepada seluruh umat Islam khususnya Penolong Pegawai Tanah Negeri Pulau Pinang dan Penolong Pegawai Tanah negeri – negeri di Semenanjung Malaysia.
Semoga Aidiladha kali ini mendekatkan / menghampirkan lagi hubungan kita dengan Yang Maha Esa dan hubungan kita sesama manusia. Sesuai dengan maksud ‘Qurban’ iaitu mendekatkan / menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
Mesyuarat AJK Sambutan Kali Ke 2
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN KALI KE 2 SEMPENA MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG KALI KE 39.
Tarikh : 24 November 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Wira Bistari,
Pejabat Daerah Dan Tanah,
Seberang Perai Tengah,
Jalan Betek, Sunga Rambai,
14200 Bukit Mertajam.
Tuan-Tuan Dijemput Hadir:
Encik Shafie bin Ishak
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Afzanizam bin Sulaiman
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara
Encik Mohd Yusni bin Mohd Yasin
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Abdul Razak bin Kasim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Mohamad Safar bin Nordin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Nafizulshah bin Ismail
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan
Encik Nor Hissham bin Mansor
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan
Encik Radzi bin Yusop
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Johari bin Mohd Shamsuddin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Izmar bin Abdul Wahab
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara
Encik Muhammad Azlan bin Abd Rahim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara
Encik Muhamad bin Hassan
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Muhamad Adib bin Nadgmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Ramzi bin Mohamed
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya
Encik Mohd Fauzi bin Pantong @ Abd Ghani
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya
Encik Mawardi bin Mohamad Hussain
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang
Encik Mohamad Anas bin Azmi
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang
(Surat panggilan mesyuarat telah diemail kepada semua yang terlibat)
Ahad, 14 November 2010
Feri Pulau Pinang
Feri Pulau Pinang |
Jangan lepaskan peluang mengunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang merupakan perkhidmatan feri tertua di negara ini. Perkhidmatan ini bermula sejak tahun 1894 lagi. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town.
Dek Atas : Dek Penumpang Pejalan Kaki |
Perkhidmatan feri bermula seawal jam 5.30 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 1.00 pagi.Terdapat lapan buah feri yang membawa penumpang pejalan kaki di dek atas dan kenderaan di dek bawah.
Dek Bawah : Dek Kenderaan |
Feri berlepas dari terminal setiap lapan minit dan mengambil masa 20 minit untuk menyeberang Selat Selatan (Penang Strait @ South Channel). Perjalanan tersebut meliputi jarak sepanjang 3.2 kilometer.
Feri Pulau Undan |
Feri-Feri Dalam Perkhidmatan
i- Pulau Undan
ii- Pulau Angsa
iii- Pulau Rimau
iv- Pulau Pinang
v - Pulau Payar
vi - Pulau Kapas
vii - Pulau Rawa
viii - Pulau Talang-talang
Feri Pulau Angsa |
Jadual feri
Terminal Feri Sultan Abdul Halim (Tanah Besar)
Operasi feri pertama : Jam 0600
Operasi feri terakhir : Jam 0100
Terminal Feri Raja Tun Uda (Pulau)
Operasi feri pertama : Jam 0530
Operasi feri terakhir : Jam 0030
Feri Pulau Rimau |
Kadar Harga Tiket Feri
Pejalan Kaki
Dewasa : RM1.20
Kanak-kanak (5 hingga 12 tahun) : RM0.60
Penumpang Istimewa
Kanak-kanak sekolah : RM0.60
Kad Orang Kurang Upaya : Percuma
Feri Pulau Payar |
Kenderaan Bermotor
Motosikal (termasuk pembonceng): RM2.00
Beca/pacuan tiga roda: RM3.00
Motokar (termasuk van, pacuan empat roda, kenderaan komersial pacuan tiga roda, motosikal dengan kereta sebelah): RM7.70
Feri Pulau Kapas |
Walaupun feri-feri ini berbeza nama tetapi semuanya menuju destinasi yang sama.
Feri Pulau Rawa |
Sama ada dari atau ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth ke atau dari Terminal Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay, George Town.
Feri Pulau Talang-Talang |
Sabtu, 13 November 2010
Perubahan Tarikh Mesyuarat AJK Sambutan Kali Ke 2
Sukacita dimaklumkan tarikh Mesyuarat AJK Sambutan Kali Ke 2 telah ditunda ke tarikh berikut:
Tarikh : 24 November 2010 @ 24 /11/ 2010 (Rabu)
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat Daerah Dan Tanah, Seberang Perai Tengah, Jalan Betik, Sungai Rambai, 14000 Bukit Mertajam.
Urusetia memohon maaf sekiranya berlaku kesulitan bagi pihak tuan -tuan akibat pertukaran tarikh ini. Pertukaran tersebut terpaksa dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Surat panggilan mesyuarat akan diemail kepada tuan - tuan dalam tempoh terdekat. Terima kasih.
Tarikh : 24 November 2010 @ 24 /11/ 2010 (Rabu)
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat Daerah Dan Tanah, Seberang Perai Tengah, Jalan Betik, Sungai Rambai, 14000 Bukit Mertajam.
Urusetia memohon maaf sekiranya berlaku kesulitan bagi pihak tuan -tuan akibat pertukaran tarikh ini. Pertukaran tersebut terpaksa dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Surat panggilan mesyuarat akan diemail kepada tuan - tuan dalam tempoh terdekat. Terima kasih.
Penang Sempoi
Posting- posting di bawah Label ‘Penang Sempoi’ dimuatkan bertujuan sebagai panduan kepada semua peserta tentang keunikan, tarikan dan tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh mereka kunjungi sepanjang masa penganjuran Mesyuarat Dwi Tahunan berlangsung.
Ini juga bagi mempromosi produk – produk perlancongan yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Semoga ia dapat memberi selayang pandang bagi peserta – peserta merancang percutian mereka bersama keluarga di sini disamping meluangkan masa untuk bermesyuarat.
Sememangnya Pulau Pinang menawarkan tempat – tempat menarik, produk yang unik dan pengalaman yang berbeza bagi para mahupun ahli keluarga mereka.
Selamat Datang Ke Pulau Pinang. Kedatangan Anda Sangat –Sangat Dinantikan.
Jumaat, 12 November 2010
Mesyuarat JKuasa Kecil Saguhati /Hadiah & Tugas-Tugas Khas Bil 1/2010
Mula Bermesyuarat |
Mesyuarat tersebut telah berlangsung dengan jayanya di pengerusikan oleh En Radzi b Yusof dan di hadiri :
En Johari b Mohd Shamsudin - Setiausaha
En Azman b Baker - AJK
En. Abdul Jalil b Che Din - AJK
En. Mohd Salri Duwan Abd Rahman - AJK
En. Osman b Rejab - AJK
En. Shafie b Ishak
En. Abd Razak b Kasim
En. Muhamad Safar b Nordin
En. Abd Halim b Shamsuddin
Kata alu - aluan dari Pengerusi |
Khamis, 11 November 2010
Daerah - Daerah Di Pulau Pinang
http://pegismap.penang.gov.my/Penang/pub.cfm |
Berikut merupakan 5 daerah di dalam negeri Pulau Pinang iaitu:
1. Daerah Seberang Perai Selatan (SPS)
Bil Mukim: 16 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga Mukim 16
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Nibong Tebal (Tiada Seksyen)
Bandar Sungai Bakap (Tiada Seksyen)
2. Daerah Seberang Perai Tengah (SPT)
Bil Mukim: 21 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga Mukim 21
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Bukit Mertajam (6 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 6)
Bandar Perai (Tiada Seksyen)
3. Daerah Seberang Perai Utara (SPU)
Bil Mukim: 15 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga 14 dan Mukim 16
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Butterworth (4 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 4)
Bandar Kepala Batas (Tiada Seksyen)
4. Daerah Timur Laut (DTL)
Bil Mukim: 6 Mukim
Nama Mukim: Mukim 13 hingga Mukim 18
Bil Bandar: 9
Nama Bandar: Bandar Ayer Itam (5 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 5)
Bandar Batu Feringgi (2 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 2)
Bandar Bukit Bendera (Tiada Seksyen)
Bandar George Town (26 Seksyen)
(Seksyen 1 - 8, 9E, 9W, 10, 11E, 11W, 12 - 24)
Bandar Gelugor (Tiada Seksyen)
Bandar Jelutong (4 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 4)
Bandar Tanjong Bungah (Tiada Seksyen)
Bandar Tanjong Pinang (Tiada Seksyen)
Bandar Tanjong Tokong (2 Seksyen)
(Seksyen 1 hingga Seksyen 2)
5. Daerah Barat Daya (DBD)
Bil Mukim: 22 Mukim
Nama Mukim: Mukim 1 hingga 12 dan Mukim A hingga J
Bil Bandar: 2
Nama Bandar: Bandar Balik Pulau (Tiada Seksyen)
Bandar Bayan Lepas (Tiada Seksyen)
Rujukan:
Langgan:
Catatan (Atom)