Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Rabu, 3 November 2010

Alhamdulillah & Terima Kasih

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai Perubahan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2005 kepada skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32, NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysia.

Alhamdullilah. Negeri Pulau Pinang antara negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang menerimapakai pekeliling ini. Malahan tunggakan dan gaji baru di gred NT 27 telah diterima oleh Penolong – Penolong Pegawai Tanah seawal bulan Julai dan Ogos yang lalu.

Ini menunjukkan pengiktirafan dan keperihatian kerajaan negeri Pulau Pinang kepada skim perjawatan Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang.


Terima kasih kepada pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil 16 Tahun 2009. Diharap Penolong – Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang meningkatkan lagi pengetahuan, kecekapan, akauntibiliti dan ketelusan yang sedia ada dalam diri mereka semasa menjalankan amanah dan tugas masing- masing. Selaras dengan peningkatan gred perjawatan mereka kepada Kumpulan B.

Terima kasih juga kepada pegawai - pegawai, pembantu – pembantu tadbir, pembantu – pembantu tadbir kewangan dan sesiapa sahaja yang membantu mempercepatkan perlaksanaan dan perubahan skim Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...