Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Isnin, 28 Februari 2011

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN KALI KE 6 SEMPENA MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG KALI KE 39.

Tarikh            :           02 Mac  2011 (Rabu)

Masa              :           2.00 Petang

Tempat          :           Bilik Mesyuarat Mawar
 Pejabat PTG KOMTAR

Penolong - Penolong Pegawai Tanah Berikut Dijemput Hadir:

Encik Shafie bin Ishak
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Abdul Razak bin Kasim
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Afzanizam bin Sulaiman
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Mohd Yusni bin Mohd Yasin
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut

Encik Mohamad Safar bin Nordin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Nafizulshah bin Ismail
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan

Encik Nor Hissham bin Mansor
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan

Encik Radzi bin Yusof
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Johari bin Mohd Shamsuddin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Izmar bin Abdul Wahab
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Muhammad Azlan bin Abdul Rahim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Muhamad bin Hassan
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut

Encik Muhamad Adib bin Nadgmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Ramzi bin Mohamed
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mohd Fauzi bin Pantong@ Abd Ghani
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mawardi bin Mohamad Hussain
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Mohamad Anas bin Azmi
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Seluruh Penolong – Penolong Pegawai Tanah
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
 
Seluruh Penolong - Penolong Pegawai Tanah
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut

Ahad, 20 Februari 2011

Pantai Batu Feringghi


Pantai paling popular di Pulau Pinang semestinya Pantai Batu Feringghi. Masih tidak dipastikan asal usul namanya walaupun Feringghi membawa maksud ‘Orang Asing’ dalam bahasa Portugis. Lokasinya hanya 15 km ke arah Barat dari bandar Georgetown.

Pemandangannya yang cantik, pasir pantai yang putih dan halus, deruan ombak menghempas pantai pasti memukau mata yang memandang dan telinga yang mendengar. Pengunjung boleh memilih aktiviti seperti  mandi manda di tepian pantai, berkayak, jet skies, parasailing atau hanya berkelah sambil menikmati makanan negeri Pulau Pinang yang boleh didapati di warung – warung berdekatan.

Pastinya Pantai Batu Feringghi menawarkan destinasi yang menyegarkan mata, menenangkan minda dan mendamaikan hati. Jangan lupa untuk bersantai di Pantai Batu Feringghi semasa kunjungan tuan / puan sewaktu Mesyuarat Agong KPPTSM Dwi Tahunan Kali Ke 39 nanti.


Gambar-gambar yang diperolehi melalui Internet.

Isnin, 14 Februari 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H

Wassatiyah Tonggak Kecemerlangan Ummah
Jawatankuasa Sambutan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPPTSM Kali Ke 39 mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua Penolong Pegawai Tanah yang beragama Islam dan seluruh umat muslimin dan muslimat.

Hayatilah sirah Rasullullah, perjuangannya bagi menegakkan keadilan sejagat dan menyebar syiar Islam. Marilah bersama kita mengenali peribadi beliau sememangnya Baginda adalah contoh ikutan terbaik bagi kita. Perbanyakkan selawat ke atas Baginda, sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat juga berselawat ke atas Baginda.

Rabu, 9 Februari 2011

SO stand for...

Pepatah melayu ada mengatakan ‘ tak kenal maka tak cinta’ jadi posting kali ini ingin memperkenalkan tugas dan peranan SO. SO adalah singkatan untuk Settlement Officer atau dalam bahasa Melayunya Pegawai Penempatan. Kemudian nama perjawatan tersebut ditukar kepada Penolong Pegawai Tanah melalui Skim Penolong Pegawai Tanah (NT9, NT7 & NT5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil. 18/2001.

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN

PENOLONG PEGAWAI TANAH

1. SKIM PERKHIDMATAN

Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32, NT36.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Pejabat-Pejabat Tanah dan Galian Negeri/ Wilayah Persekutuan dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah di Negeri-negeri Semenanjung.

3. RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).

4. BIDANG TUGAS

4.1 Penolong Pegawai Tanah Gred NT27

a. Membuat laporan yang lengkap dan memperenggankan tanah (ukur tanah) bagi maksud perkara-perkara berikut:
i. permohonan tanah dan permit bahan batu.
ii. permohonan lesen melombong dan permit carigali.
iii. permohonan pecah sempadan/ bahagian/ penyatuan tanah.
iv. permohonan tukar syarat.
v. pengambilan balik tanah.
vi. permohonan hak lalu lalang.
vii. pencerobohan tanah kerajaan/ simpanan/ lombong.
viii. kelonggaran syarat tanah.
ix. rancangan projek kerajaan.

b. Menjalankan kerja-kerja penempatan mengenai perkara-perkara berikut:
i. permohonan tanah yang diluluskan untuk pertanian,bangunan dan perusahaan.
ii. tanah-tanah kerajaan yang diluluskan untuk perkampungan kawasan-kawasan dalam rancangan tanah berkelompok (GSA).
iii. menempatkan mangsa-mangsa bencana alam di tempat tempat selamat mengikut arahan pegawai daerah atau kerajaan negeri.

c. Menjalankan kerja-kerja penyelesaian ke atas perkara-perkara berikut:
i. tanah yang telah diukur oleh Jabatan Ukur untuk milik, pajakan dan simpanan.
ii. tanah yang telah diukur oleh Jabatan Ukur untuk rancangan perkampungan dan penempatan setinggan.
iii. tanah yang telah diukur dalam urusan pengambilan tanah 1960.
iv. tanah yang telah diukur berkaitan dengan pecah sempadan/ pecah bahagian/ penyatuan tanah.
v. tanah yang telah diukur semula bersabit dengan kehilangan batu sempadan.
vi. tanah yang telah diukur bersabit dengan hak lalu lalang.

d. Menjalankan kerja-kerja penulisan di pejabat seperti di bawah ini:
i. penulisan hak milik sementara.
ii. penyediaan draf hak milik pendaftaran.
iii. penyediaan permohonan ukur bagi tanah-tanah yang telah diluluskan pelupusan, pecah sempadan/ pecah bahagian/mpenyatuan tanah dan telah diambil balik sebahagiannya.
iv. penulisan hak milik tetap.
v. penulisan hak milik sambungan.
vi. pindaan hasil.

e. Menyimpan dan mengemaskinikan rekod-rekod di Pejabat Tanah seperti:
i. penyelesaian.
ii. Fahrasat Pejabat Tanah dan Fahrasat Lot.
iii. permohonan ukur.
iv. pemerenggan.
v. plotting tracing.
vi. daftar tanah simpanan.
vii. daftar syarat-syarat tertentu.
viii. daftar permohonan tanah.
ix. syit-syit pelan akui.
x. permohonan hak milik.
xi. rekod kes-kes tangkapan.

f. Menjalankan kerja-kerja penilaian berhubung dengan:
i. urus niaga tanah untuk cukai setem bagi Akta Pembahagian Pesaka.
ii. ganti rugi untuk pengambilan tanah.
iii. permohonan tukar syarat.
iv. tanaman-tanaman dan perkakas yang telah dirampas bersabit dengan Seksyen 425 dan 426.
v. pampasan mengenai hak lalu lalang pemungut dan izin lalu (way leave)
vi. pampasan bersabit dengan bencana alam.
vii. permohonan tanah bagi maksud premium.
viii. lelong tanah.
ix. pampasan berkaitan dengan kerosakan tanah ketika kerja ukur dijalankan.

4.2 Penolong Pegawai Tanah Gred NT32

a. Pembangunan Tanah (Pengambilan Balik Tanah)
i. menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah yang dibuat oleh Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
iii. melaksanakan perbicaraan (hearing)
iv. menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

b. Kerja-kerja Penempatan dan Penyelesaian.
i. mengawas pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan kerjakerja Penolong Pegawai Tanah Gred NT27dan menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
ii. memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah untuk pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir.

c. Permohonan-permohonan tanah, Lesen Pendudukan Sementara dan Permit
i. memproses permohonan-permohonan.
ii. menyemak laporan-laporan tanah yang disediakan oleh Penolong Pegawai Tanah Gred NT27 dan Pelukis Pelan.
iii. menyemak laporan-laporan dari jabatan-jabatan yang ada kaitan.
iv. menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.

d. Pendaftaran Hakmilik Urusan Tanah.
i. dilantik sebagai Penolong Pendaftar Hakmilik untuk mendaftar hakmilik-hakmilik dan urusan-urusan tanah.
ii. mengemaskini dan mengawasi semua rekod pendaftaran dan hak milik tanah.
v. menyempurnakan pelelongan tanah yang telah digadai.

e. Penguatkuasaan
i. bertanggungjawab dalam hal-hal penyiasatan bagi mencegah pencabulan tanah-tanah kerajaan dan pelanggaran-pelanggaran syarat.
ii. menyediakan ‘charge sheet’ dan ‘case precis’.
iii. mengambil bahagian dalam perbicaraan.

f. Tugas-tugas lain
i. menjadi ahli lembaga tender bagi tanah-tanah yang hendak dipajakkan.
ii. menilai dan juga mengkaji nilaian harga tanah yang dibuat oleh Penolong Pegawai Tanah Gred NT27.
iii. mewakili Pemungut Hasil Tanah dalam perancangan tanah bandar dan desa jika diperlukan.

4.3 Penolong Pegawai Tanah Gred NT36
a. mengawas pelaksanaan kerja-kerja Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32.
b. menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan.
c. membantu menyediakan Kertas Memorandum Jemaah Menteri.
d. menyediakan afidavit dan hadir di mahkamah.
e. menjalankan tugas penguatkuasaan dan pegawai pendakwa di mahkamah di bawah Seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara.
f. menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah/ Pemantauan Tanah Kerajaan/ Tanah Persekutuan.
g. memberi taklimat berhubung tanah-tanah persekutuan dan pengambilan tanah.
h. lain-lain tugas yang berkaitan seperti yang diarahkan dari masa kesemasa.

(Sumber Lampiran D Pekeliling Perkhidmatan Bil 16 / 2009)

Selasa, 8 Februari 2011

DATA – DATA PENTING PULAU PINANG

KELUASAN

Keluasan: 1,048 km
Pulau Pinang: 297 km
Seberang Perai : 751 km

JUMLAH PENDUDUK

Jumlah Penduduk 2010: 1, 609,900
Pulau Pinang: 741, 300 orang
Seberang Perai: 868, 600 orang

(*Data unjuran daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang)

KEMUDAHAN ASAS

TELEFON

Bilangan telefon bagi setiap 100 penduduk : 22

(*Data unjuran daripada Telekom Malaysia Berhad Pulau Pinang)

PERINDUSTRIAN (2007)

Bilangan Kilang Operasi: 1427
Jumlah Tenaga Kerja (orang): 202,014

PERTANIAN

Keluasan Keseluruhan (2009) : 47,273.24 hektar

Getah: 10,837.64 hektar

Kelapa Sawit: 13,504.16 hektar

Kelapa: 1,976.75 hektar

Padi: 12,782.00 hektar

Buah-buahan: 7,149.76 hektar

Sayur-sayuran: 489.38 hektar

Koko: 9.40 hektar

Tanaman Kontan: 232.41 hektar

Tanaman Rempah: 249.91 hektar

Lain-Lain: 41.83 hektar

Bilangan Petani : 12,545 orang

Bilangan Nelayan: 3,681 orang

Bilangan Penternak: 1,970 orang

(*Data unjuran daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang & LKIM)

Selasa, 1 Februari 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran (Februari)


Pihak Jawatankuasa Sambutan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Penolong – Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang yang lahir pada bulan Februari.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada :

1.    AZREIL B JOHAR
2.    SHAHARUDIN B SHARIF
3.    MOHD YUNUS B ISMAIL
4.    SALIFAH BT ARIFFIN

Semoga Allah membahagiakan mereka di dunia mahupun di akhirat, memberkati usaha mereka, mengurniakan umur yang panjang, memurahkan rezeki dan memasukkan mereka dari golongan orang yang soleh.

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...