Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Sabtu, 25 Disember 2010

Sejarah Settlement Officer (SO)

Sebenarnya jawatan Settlement Officer / Pegawai Penempatan/ Penolong Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 120 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur.
Jawatan Settlement Officer / Pegawai Penempatan/ Penolong Pegawai Tanah adalah sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di negara ini, kerana wujudnya jawatan Penolong Pegawai Tanah yang berkhidmat di dalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan.
Demi kebaikan pentadbiran tanah dan kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Pegawai Kanan Petempatan pada tahun 1989.
Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B di dalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun persekutuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Penolong Pegawai Tanah (NT9, NT7 & NT5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil. 18/2001.
Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17, NT22 & NT 31/32 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada Skim Penolong Pegawai Tanah NT27, NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009.
Dipetik dari laman web sosial Facebook Penolong Pegawai Tanah
Facebook Penolong Pegawai Tanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...