Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Rabu, 3 November 2010

Alhamdulillah & Terima Kasih

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai Perubahan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2005 kepada skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32, NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysia.

Alhamdullilah. Negeri Pulau Pinang antara negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang menerimapakai pekeliling ini. Malahan tunggakan dan gaji baru di gred NT 27 telah diterima oleh Penolong – Penolong Pegawai Tanah seawal bulan Julai dan Ogos yang lalu.

Ini menunjukkan pengiktirafan dan keperihatian kerajaan negeri Pulau Pinang kepada skim perjawatan Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang.


Terima kasih kepada pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil 16 Tahun 2009. Diharap Penolong – Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang meningkatkan lagi pengetahuan, kecekapan, akauntibiliti dan ketelusan yang sedia ada dalam diri mereka semasa menjalankan amanah dan tugas masing- masing. Selaras dengan peningkatan gred perjawatan mereka kepada Kumpulan B.

Terima kasih juga kepada pegawai - pegawai, pembantu – pembantu tadbir, pembantu – pembantu tadbir kewangan dan sesiapa sahaja yang membantu mempercepatkan perlaksanaan dan perubahan skim Penolong Pegawai Tanah di Pulau Pinang.

Selasa, 2 November 2010

AJK & Pengagihan Tugas

JAWATANKUASA SAMBUTAN
MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN
KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH
KALI KE 39

Pengerusi                  :           En.  Shafie bin Ishak

Naib Pengerusi         :           En.  Abd Razak bin Kasim

Setiausaha                :           En. Abd. Halim bin Shamsuddin

Pen Setiausaha        :           En. Mohamad Safar bin Nordin

Bendahari                  :           En. Mohd Yusni bin Mohd Yasin

Ahli Jawatankuasa    :
                                               En. Nafizulshah bin Ismail (SPS)
                                               En. Nor Hissham bin Mansor (SPS)
                                               En. Radzi bin Yusof (SPT)
                                               En. Johari bin Mohd Shamsuddin (SPT)
                                               En. Izmar bin Abdul Wahab (SPU)
                                               En. Muhammad Azlan bin Abd Rahim (SPU)
                                               En. Mawardi bin Mohamad Hussain (PTG)
                                               En. Mohamad Anas bin Azmi (PTG)
                                               En. Muhamad bin Hassan (DTL)
                                               En. Muhamad Adib bin Nadgmi (DTL)
                                               En. Ramzi bin Mohamed (DBD)
                                               En. Mohd Fauzi bin Abd Ghani (DBD)
                                                                  
JAWATANKUASA KECIL

            Jamuan Makanan (PTG)                          
Pengerusi: En. Mawardi bin Mohamad Hussain
            Setiausaha: En. Mohamad Anas b Azmi

            Penginapan & Pengurusan Peserta (SPS)
Pengerusi: En. Nafizulshah bin Ismail
            Setiausaha: En. Nor Hissham b Mansor
           
Pendaftaran, Sambutan, Protokol, Perasmian & Persembahan (SPU)
Pengerusi: En. Izmar bin Abdul Wahab
Setiausaha: En.Muhammad Azlan b Abd Rahim

            Cendera Hati/ Hadiah & Tugas – Tugas Khas (SPT)           
Pengerusi: En. Radzi bin Yusof
            Setiausaha: En Johari b Mohd Shamsuddin
           
            Sukan, Riadah, Rekreasi & Pakaian (DTL)
Pengerusi: En. Muhamad bin Hassan
            Setiausaha: En Muhamad Adib bin Nadgmi

Hal Berkaitan Mesyuarat , Buku Cenderahati/ Buku Program, Tentatif Program & Pencetakkan (DBD)
            Pengerusi: En. Ramzi bin Mohamed
            Setiausaha: En. Mohd Fauzi b Pantong @ Abd Ghani

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Kali Pertama

Mesyuarat Jkuasa Sambutan Kali Pertama
Alhamdullilah...

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Kali Pertama telah berlansung dengan jayanya. Kehadiran anggota mesyuarat mencapai 86% dan ditambah kehadiran 5 lagi Penolong-Penolong Pegawai Tanah Daerah SPT membuka ruang yang cukup luas untuk percambahan fikiran sempena persiapan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan.

Perlantikkan Ahli Jawatankuasa Sambutan mencakupi semua Penolong Pegawai Tanah dari semua Pejabat Daerah & Tanah serta PTG.

Mesyuarat juga telah memutuskan agar 6 Jawatankuasa kecil ditubuhkan dan mengikut pejabat dan daerah masing- masing.

Mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi dan berlangsung hingga pukul 11.30 pagi.

Sorotan mesyuarat yang berlangsung dirakam dari lensa kamera Muhammad Azril b Hamzah selaku AJK Tugas-Tugas Khas

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...