Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Sabtu, 4 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Sememangnya masa tidak pernah berhenti untuk menunggu sesiapa. Sedar atau tidak sedar kita akan memasuki tahun 1432H. Tahun 1431H bakal melabuhkan tirai dan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga bermula tahun baru ini, kita berazam bersama-sama untuk memperbaiki kelemahan diri agar memperolehi kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Bersempena dengan bermulanya tahun baru 1432H tidak lama lagi, Jawatankuasa Sambutan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia Kali ke 39 ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H dan Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi seluruh Penolong Pegawai Tanah di Semenanjung Malaysia dan khususnya kepada seluruh Penolong Pegawai Tanah yang sedang berkhidmat di negeri Pulau Pinang.

Ambillah pengiktibaran peristiwa Hijrah Rasullullah SAW dan para sahabat RA. Bersamalah kita berhijrah:

-       dari akhlak yang buruk ke akhlak yang lebih baik

-       dari keadaan jahil ke keadaan berilmu pengetahuan

-       dari keadaan baik ke keadaan terbaik dan cemerlang

Kepada Penolong-Penolong Pegawai Tanah yang akan berhijrah ke tempat bertugas yang baru, pihak Jawatankuasa mendoakan agar penghijrahan yang dilakukan mendapat limpahan kurniaanNya dari Allah SWT seperti mana diperolehi oleh Rasullulah dan para sahabatnya. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang benar dan sabar.

Selamat Berhijrah dan Selamat Bertugas Di Pejabat Baru Kepada:

1.    ABD RAZAK B KASIM – Naib Pengerusi Jawatankuasa Sambutan

2.    MOHD NAZREEN B OSMAN – Ahli JawatanKuasa Kecil Jamuan Makan

Selamat Ulang Tahun Kelahiran (Disember)


Pihak Jawatankuasa Sambutan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Penolong – Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang yang lahir pada bulan Disember.


1.    MOHD AZRI B BASRI
2.    AHMAD FAIZAL B ABDUL MAJID
3.    SUPARMAN B AHMAD

Semoga Segala Perancangan Dipermudahkan Allah SWT, Ditenteramkan Jiwa, Diberkati Usaha dan Beroleh Kejayaan Di Dunia mahupun Di Akhirat.

Rabu, 1 Disember 2010

Mesyuarat AJK Sambutan Kali Ke 3


MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN KALI KE 3 SEMPENA MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG KALI KE 39.


Tarikh            :           09 Disember  2010 (Khamis)

Masa              :           9.30 Pagi

Tempat          :          Bilik Mesyuarat Wira Bistari,
                                    Pejabat Daerah Dan Tanah,
Seberang Perai Tengah,
Jalan Betek, Sungai Rambai,
14200 Bukit Mertajam.

Penolong-Penolong Pegawai Tanah Berikut Dijemput Hadir:

Encik Shafie bin Ishak
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Afzanizam bin Sulaiman
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Mohd Yusni bin Mohd Yasin
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Abdul Razak bin Kasim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Mohamad Safar bin Nordin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah

Encik Nafizulshah bin Ismail
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan

Encik Nor Hissham bin Mansor
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan
Encik Radzi bin Yusof
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Johari bin Mohd Shamsuddin
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah
Encik Izmar bin Abdul Wahab
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara
Encik Muhammad Azlan bin Abd Rahim
Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara

Encik Muhamad bin Hassan
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut

Encik Muhamad Adib bin Nadgmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut
Encik Ramzi bin Mohamed
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mohd Fauzi bin Pantong @ Abd Ghani
Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya

Encik Mawardi bin Mohamad Hussain
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Encik Mohamad Anas bin Azmi
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pulau Pinang

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...