Sememangnya masa tidak pernah berhenti untuk menunggu sesiapa. Sedar atau tidak sedar kita akan memasuki tahun 1432H. Tahun 1431H bakal melabuhkan tirai dan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga bermula tahun baru ini, kita berazam bersama-sama untuk memperbaiki kelemahan diri agar memperolehi kejayaan di dunia mahupun di akhirat.
Bersempena dengan bermulanya tahun baru 1432H tidak lama lagi, Jawatankuasa Sambutan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia Kali ke 39 ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H dan Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi seluruh Penolong Pegawai Tanah di Semenanjung Malaysia dan khususnya kepada seluruh Penolong Pegawai Tanah yang sedang berkhidmat di negeri Pulau Pinang.
Ambillah pengiktibaran peristiwa Hijrah Rasullullah SAW dan para sahabat RA. Bersamalah kita berhijrah:
- dari akhlak yang buruk ke akhlak yang lebih baik
- dari keadaan jahil ke keadaan berilmu pengetahuan
- dari keadaan baik ke keadaan terbaik dan cemerlang
Kepada Penolong-Penolong Pegawai Tanah yang akan berhijrah ke tempat bertugas yang baru, pihak Jawatankuasa mendoakan agar penghijrahan yang dilakukan mendapat limpahan kurniaanNya dari Allah SWT seperti mana diperolehi oleh Rasullulah dan para sahabatnya. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang benar dan sabar.
Selamat Berhijrah dan Selamat Bertugas Di Pejabat Baru Kepada:
1. ABD RAZAK B KASIM – Naib Pengerusi Jawatankuasa Sambutan
2. MOHD NAZREEN B OSMAN – Ahli JawatanKuasa Kecil Jamuan Makan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan