Objektif

PERKONGSIAN SEGALA BENTUK ILMU PENGETAHUAN, MAKLUMAT, AKTIVITI - AKTIVITI UNTUK KEBAIKAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG DAN SELURUH PENOLONG PEGAWAI TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SERTA UMUM.




Sabtu, 25 Disember 2010

Sejarah PPPTPP & Penganjuran Mesyuarat Agong Dwi Tahunan

Pada Tahun 1991, Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPPTSM Diadakan Di USM
Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Perhubungan Negeri Pulau Pinang adalah nama asal Persatuan Penolong Pegawai Tanah Pulau Pinang (PPPTPP) sebelum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan. Sebelum didaftarkan PPPTPP bernaung secara terus dengan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu.

PPPTPP didaftar secara sah pada 09 April 2007 dengan nombor pendaftaran 0638-07-PPG. Sehingga sekarang, keahlian PPPTPP telah mencapai 77 orang. Ini adalah kerana mengikut perlembagaan Persatuan yang digubal menyatakan:

“Fasa 4 (1) Keahlian adalah terbuka kepada semua Penolong Pegawai Tanah yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan berkhidmat di Pulau Pinang tanpa mengira jantina, bangsa dan ugama. Bilangan ahli tidak terhad.”

Kenangan Jamuan Makan Malam KPPTSM Di Atas Feri Pulau Pinang Pada Tahun 1991
Kali terakhir negeri Pulau Pinang dipertanggungjawabkan sebagai Penganjur Mesyuarat Agong Dwi Tahunan adalah pada tahun 1991 dan kehadiran peserta / perwakilan mencecah 500 orang. Mesyuarat yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Jamuan Makan Malam KPPTSM diadakan di atas feri Pulau Pinang memberikan peluang peserta menikmati permandangan indah negeri Pulau Pinang 

Sejarah Penganjuran Mesyuarat Agong oleh negeri Pulau Pinang bermula sejak tahun 1964 dan diikuti tahun 1969. Pada 25 Jun 2011, sekali lagi negeri Pulau Pinang akan menganjurkannya untuk kali yang keempat.

Nurkilan Mohd Yusni bin Mohd Yasin (Penolong Pegawai Tanah Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Topik Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...